Finas Job

Tarikh Tutup 17 March 2007

2. SYARAT LANTIKAN



Calon hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:



Warganegara Malaysia

Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

Tamat Tingkatan III Sekolah Menengah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan;

Sekurang-kurangnya mempunyai Sijil AO (Sistem Pepasangan Kilang-Kilang) yang
dikeluarkan oleh Jemaah Pemeriksa Elektrik atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan; dan

Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan
memuaskan.

3. SYARAT KENAIKAN PANGKAT SECARA LANTIKAN



Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Tukang K2 (Tukang Elektrik), Tukang
K3 (Pendawai dan Pencari Kerosakan) adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan
pangkat secara lantikan ke jawatan Penjaga Jentera Elektrik Gred R17, apabila
telah disahkan dalam perkhidmatan dan;



Mempunyai kelayakan di para 2(c) di atas; atau

Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

4. FUNGSI BIDANG TUGAS


Membaiki sebarang kerosakan elektrik dan memulihkan perkakas suis voltan rendah
serta membuat ujian elektrik pada setiap masa serta menyelenggara dan memeriksa
semua pendawaian, suis, ‘starter panel dan control panel' serta motor elektrik
dan lain-lain yang berkenaan

5. PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN



Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan jawatan di atas adalah tertakluk
kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang berkenaan yang sedang berkuat kuasa
serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.



CARA MEMOHON



Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh
diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan
Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang, 68000
Ampang, Selangor (Tel: 03-4104 1300) atau dari laman web http://www.finas.gov.my
. Borang salinan pendua boleh digunakan.

Pemohon juga boleh mendapatkan borang melalui pos dengan mengemukakan sampul
surat beralamat sendiri saiz 12sm x 24sm bersetem 40 sen.

Semua permohonan hendaklah disertakan dengan ‘resume’ dan sekeping gambar
terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan,
salinan lesen memandu, salinan Sijil-sijil Persekolahan dan kelulusan serta
dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang disahkan

ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN



a) Permohonan hendaklah disampaikan kepada:



Ketua Pengarah

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia

Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang

68000 Ampang, Selangor

(u.p: Unit Pengurusan Sumber Manusia)



(b) Tarikh tutup permohonan:17 Mac 2009



CATATAN AM



Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk
temu duga.

Segala perbelanjaan bagi menghadiri temu duga jawatan ini ditanggung sepenuhnya
oleh pemohon.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari
tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.



Borang Permohonan Jawatan di FINAS 1
(PDF)


Borang Permohonan Jawatan di FINAS 2
(PDF)


No comments:

Post a Comment